NAMA : MOHD REDZUAN BIN RAMLI
JAWATAN : PENGURUS BESAR

TUAN MOHD REDZUAN adalah rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (kepujian) dari Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun 2004. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2005. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2006 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Seterusnya beliau telah berkhidmat di Tetuan Khalek Awang & Associates pada Februari 2008 hingga Jun 2009. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah. Beliau merupakan salah seorang Panel Peguam Syarie yang bertindak mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (MAIWP) berkaitan kes-kes di Mahkamah Syariah. Beliau berpengalaman memberi ceramah berhubung dengan Perundangan Islam, Prosedur dan Dokumentasi di Mahkamah Syariah kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi kerajaan dan Swasta.

NAMA : JULIANA BINTI CHE HUSAIN
JAWATAN : PENGURUS

PN. JULIANA rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman (kepujian) dari Kolej Universiti Islam Malaysia, pada tahun 2003. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2004. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2004 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Kini beliau adalah rakan kongsi utama dan bertindak sebagai pengurus di firma ini. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah.

NAMA: MOHD FIRDAUS BIN AKHTAR
JAWATAN: PEGUAM SYARIE

Latar Belakang Pendidikan:
i. 2019: Diploma lepasan ijazah, Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman
Islam (Universiti Kebangsaan Malaysia).
ii. 2010: Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang (Kepujian)
(Universiti Islam Selangor (UIS))(dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS))
iii. 2007: Diploma Syariah Dan Perundangan Islam (Universiti Islam
Selangor (UIS))(dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS))
Mula berkhidmat sebagai pengamal undang-undang syarie di Tetuan Mohd
Redzuan Ramli & Associates/Redzuan & Partners pada Ogos 2020.

NAMA : NOR ASYIQIN BINTI MOHAMAD SEDIQ
JAWATAN : PEGUAM

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:
✔️SEKOLAH RENDAH AGAMA PUTATAN
✔️MAKTAB SABAH
✔️DIPLOMA SYARIAH DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS, CHERAS. (2008-2011)
✔️SAMBUNG KE TAHAP IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANH DI UNIVERSITI ISLAM
SELANGOR (UIS) (2012-2015)
✔️KEMUDIAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI UITM SHAH ALAM UNTUK DIPLOMA LEPASAN IJAZAH
SYARIAH & UNDANG-UNDANG (2016-2017)

LATAR BELAKANG PEKERJAAN:
✔️INTERNSHIP DI TETUAN MUHAMMAD & CO (2010-2011)
✔️FREELANCE MUSLIMAH MODEL (2011-2013)
✔️PERSONAL ASSISTANT PENGASAS JANNAH HEAVEN MODELLING AGENCY (2013)
✔️INTERNSHIP DI TETUAN MOHD REDZUAN RAMLI & ASSOCIATES (2015)
✔️CHAMBERING DI TETUAN MOHD REDZUAN RAMLI & ASSOCIATES (2015-2016)
✔️CHAMBERING DI TETUAN MUSA AWANG & ASSOCIATES (2016)
✔️LEGAL ASSISTANT DI TETUAN NURSAKINAH JALUDIN (2017-2018)
✔️PEGUAM SYARIE DI TETUAN MOHD REDZUAN RAMLI & ASSOCIATES (2018-KINI)

NAMA: KHAIRUNNISAK BINTI ZAINAL
JAWATAN: PEGUAM SYARIE

Khairunnisak binti Zainal merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah
(Kepujian) dari Mu’tah Universiti, Jordan. Selanjutnya meneruskan Diploma
lepasan Ijazah Syariah dan Amalan di UiTM Shah Alam, Selangor.
Kemudiannya menjadi Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Ab Kadir Ismail bermula
dari tahun 2017 dan sebagai Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan
bermula dari tahun 2018 sehingga December 2022.