NAMA : MOHD REDZUAN BIN RAMLI
JAWATAN : PENGURUS BESAR

TUAN MOHD REDZUAN adalah rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (kepujian) dari Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun 2004. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2005. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2006 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Seterusnya beliau telah berkhidmat di Tetuan Khalek Awang & Associates pada Februari 2008 hingga Jun 2009. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah. Beliau merupakan salah seorang Panel Peguam Syarie yang bertindak mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (MAIWP) berkaitan kes-kes di Mahkamah Syariah. Beliau berpengalaman memberi ceramah berhubung dengan Perundangan Islam, Prosedur dan Dokumentasi di Mahkamah Syariah kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi kerajaan dan Swasta.

NAMA : JULIANA BINTI CHE HUSAIN
JAWATAN : PENGURUS

PN. JULIANA rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman (kepujian) dari Kolej Universiti Islam Malaysia, pada tahun 2003. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2004. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2004 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Kini beliau adalah rakan kongsi utama dan bertindak sebagai pengurus di firma ini. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah.