Perkhidmatan : Menyediakan perkhidmatan Guaman Syarie, Perunding Keluarga Islam, Penasihat Undang-undang Syariah, Penulis surat wasiat, hibah dan menguruskan harta pusaka (faraid).


Khidmat Guaman Syarie : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung prosedur, pemakaian dan perlaksanaan undang-undang syariah kepada pelanggan. Menyediakan dokumentasi (pliding) berhubung kes-kes yang ingin difailkan oleh pelanggan di Mahkamah Syariah. Mewakili pelanggan dalam prosiding kes yang difailkan di Mahkamah Syariah.

Perunding Keluarga Islam : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung permasalahan kekeluargaan yang timbul dikalangan masyarakat Islam.

Penasihat Undang-undang Syariah : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung perundangan Islam berkaitan dengan permasalahan Ibadah, Ahwal-Syakhsiyyah, Muamalat, Ekonomi, Sosial dan sebagainya yang berkaitan dengan Hukum Syarak.

Penulis surat wasiat, hibah dan menguruskan harta pusaka (faraid) : Menyediakan surat wasiat, hibah dan dokumen lain yang diperlukan berhubung pengurusan harta dalam Islam yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah.


MAKLUMAT MILIKAN :

NAMA : MOHD REDZUAN BIN RAMLI
JAWATAN : PENGURUS BESAR


TUAN MOHD REDZUAN adalah rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (kepujian) dari Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun 2004. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2005. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2006 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Seterusnya beliau telah berkhidmat di Tetuan Khalek Awang & Associates pada Februari 2008 hingga Jun 2009. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah. Beliau merupakan salah seorang Panel Peguam Syarie yang bertindak mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (MAIWP) berkaitan kes-kes di Mahkamah Syariah. Beliau berpengalaman memberi ceramah berhubung dengan Perundangan Islam, Prosedur dan Dokumentasi di Mahkamah Syariah kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi kerajaan dan Swasta.

NAMA : JULIANA BINTI CHE HUSAIN
JAWATAN : PENGURUS


PN. JULIANA rakan kongsi utama firma ini, lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman (kepujian) dari Kolej Universiti Islam Malaysia, pada tahun 2003. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Diploma lepasan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran dan Kehakiman (DAIJ) 2004. Beliau telah memulakan langkah sebagai pengamal undang-undang Syarie pada tahun 2004 di Tetuan Mahyuddin & Co sebagai Pelatih dalam kamar dan seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Syarie di firma tersebut. Kini beliau adalah rakan kongsi utama dan bertindak sebagai pengurus di firma ini. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes Kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah sekitar lembah Klang. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes berkaitan harta pusaka, wasiat dan hibah.

TEMUI KAMI DI :-


(Corporate Office) PKNS BIZPOINT, No 67A, Tingkat 1, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : (+6)03-5566 8584 | No Fax : (+6)03-5511 2613
(HQ) No. 42, Tingkat 1, Jalan Makyong 5D/KU5, 41050 Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel : (+6)03-3359 1235
No HP : 012-6194137 (En Redzuan) | No HP : 012-6962208 (Pn Juliana)
email : mrrasyariah@gmail.com

WARNING: Every publication, presentation, product's design, trademark, logo, media file and certificates are "Copyright Reserve"